Log Gunung Nuang (30 November 2012)

Gunung Nuang 1493 m (4899 kaki) terletak di daerah Hulu Langat, Selangor. Gunung ini bersempadanan dengan negeri Pahang dan Selangor. Kebiasaannya gunung ini menjadi tempat latihan bagi pendaki-pendaki di Lembah Klang sebelum mendaki gunung-gunung yang lebih tinggi.

XPDC bersama 32 staff MBSB telah berjaya dijalankan selama 2 hari 1 malam pada 30 November dan 1 Disember 2012 yang lepas. Gunung Nuang dipilih sebagai medan latihan menguji ketahanan fizikal, mental dan spiritual sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Berikut adalah log pendakian.

Jumaat (30 Nov 2012)

2000: Peserta XPDC mula berkumpul di Pejabat Renjer Gunung Nuang. Hujan agak lebat pada ketika ini.

2330: Semua peserta tiba di starting point. Ration untuk 2 hari pendakian diagihkan kepada peserta. Taklimat keselamatan diberi oleh En.Md Nazry selaku jurupandu. Peserta diingatkan agar berhati-hati sepanjang perjalanan kerana trek licin dan berlumpur.

2345: Mula berjalan kaki masuk ke Kem Lolo sejauh lebih kurang 5.5 KM menggunakan trek balak. Laluan yang pada mulanya agak landai mula mencanak 45°. Baru setengah jam perjalanan, ada peserta mula mengalami kekejangan otot dan terpaksa dibantu oleh rakan-rakan lain.

Sabtu (1 December 2012)

0100 : Perjalanan ke Kem LOLO, lokasi perkhemahan masih jauh. Peserta mula menunjukkan tanda-tanda keletihan, tetapi masih bersemangat.

0230 : Akhirnya semua peserta selamat tiba di Kem LOLO setelah mengharungi 5 anak sungai. Berkhemah di Lolo malam ni.

0630 : Peserta dikejutkan awal. Solat subuh dan sarapan. Pendakian ke puncak nuang akan bermula tepat jam 7 pagi.

0730 : Awal-awal lagi 4 orang pendaki mengambil keputusan tarik diri dari meneruskan pendakian. Mungkin kerana penangan trek balak malam tadi sejauh 5.5 km. Tetapi ini tidak mematahkan semangat peserta-peserta lain. .

Selepas taklimat keselamatan, bacaan doa dan sedikit senaman regangan, pendakian ke Puncak Nuang bermula. Disinilah cabaran sebenar gunung nuang. Laluan yang pada mulanya landai mula mencanak-canak. Trek tanah merah yang licin dan berlumpur menanti sepanjang perjalanan ke puncak nuang. Peserta mula mendaki perlahan-lahan.

Misi kali ni ialah untuk cuba mendaki ke check point seterusnya iaitu kem Pacat sebelum jam 12.00 tengahari.

1030 : Semua pendaki selamat tiba di Kem Pacat. Pada masa ini, penat memang tak ingat. Kekuatan fizikal habis digunakan sepenuhnya. Lebih memburukkan keadaan, bekalan air minum hanya tinggal sikit. Hanya kekuatan mental dapat mengharungi kesukaran dalam situasi seperti ini. Akhirnya 2 orang pendaki lagi mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pendakian.

Selepas berehat 15 minit, pendakian diteruskan ke Kem Puncak Pengasih. Perjalanan masih jauh. Perjalanan ke puncak pengasih lebih mencabar dari tadi. Tanah runtuh dan trek lumpur terpaksa di harungi perlahan-lahan.

1300 : Akhirnya semua pendaki selamat tiba di Puncak Pengasih. Ingatkan dah sampai ke puncak Gunung Nuang..rupanya belum lagi. Ada 1 jam lagi perjalanan menuruni bukit sebelum terus mendaki trek pacak ke Puncak Nuang. Bila tanya pada Guide “bila mau sampai? Jauh lagi ke?” Guide cakap “ tak jauh lagi 5 minit ajer”

5 minit aje. Itulah ayat yang kedengaran sejak 3 jam pendakian.

14.30 : Akhirnya setelah berhempas pulas menahan semua pendaki MBSB berjaya tiba di Puncak Gunung Nuang. Yes! Tahniah! Hilang penat apabila menyaksikan keindahan alam dari Puncak Nuang. Selepas bergambar dan berehat, mula turun ke kem Lolo.

15.30 : Hujan lebat gila melanda gunung Nuang! Hujan lebat adalah rahmat kepada pendaki yang kehabisan air. Perjalanan turun ke Kem LOLO dari Puncak Nuang lebih sukar dari mendaki. Trek semakin licin. Ramai yang tergolek-golek jatuh.

1830 : Guide memaklumkan ada seorang pendaki yang cedera dan langsung tak dapat bergerak turun ke kem lolo. Operasi menyelamat dimulakan.

2200 : Akhirnya semua pendaki selamat tiba di Kem LOLO. Hidangan nasi panas bersama daging salai masak merah dan telur masak merah memang terbaik!

Ahad (2 December 2012)

0730 : Selepas sarapan, semua peserta berkemas dan bergerak pulang ke Pejabat Renjer Gunung Nuang. Semua nampak tersenyum puas selepas berjaya menawan puncak Nuang,

1030 : Semua selamat sampai di Pejabat Renjer. Bersurai. Tahniah MBSB!